●●●●●●●

Assalammualaikum w.b.t......

First of all, aku yakin agak ramai gak rakyat Malaysia yang kurang alert dengan kewujudan APMM ni kan?

Lately dengan adanya LIMA, I’m quite sure ramai yang selalu dengar nama APMM ni, tapi tak tau apa sebenarnya APMM tu ( atau memang korang tak nak ambik tau… huhu)

Apa-apa pun, aku saja la nak bagitau kepada korang-korang yang tak tau APMM ni apa… Menambah pengetahuan tak salah…

Al-kisahnya…

APMM ni sebenarnya satu agensi penguatkuasaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (bukan Kementerian Pertahanan ok…). Kalau nak ikutkan, APMM ni baru lagi, akta APMM di wartakan pada 1 Julai 2004 dan telah dikuatkuasakan pada 15 Februari 2005. Pada 10 October 2005, berlansungnya Majlis Memperkenalkan APMM, dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (pada ketika itu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri), dan pada 30 November 2005, APMM mula beroperasi.

Fungsi ktorg… Ringkasnya, fungsi ktorg adalah ~MENGAWAL, MELINDUNG, MENYELAMAT~ di Zon Maritim Malaysia.

Ramai yang confuse sebenarnya APMM, TLDM & Polis Marin… Aku tegaskan kat sini, ktorg tak sama ngan Polis Marin & TLDM… Nak tahu apa beza ktorg….? Esok2 aku cter ek, tiba-tiba rasa malas lak nak menaip.. hahahaha….

Nak tahu lebih lagi, sila lah rajin-rajinkan diri singgah kat laman web rasmi APMM (info kat blog ni pun aku amik dr sana gak.. huahuahua...)

Ok la, tu je aku nak ckp (ke tulis) utk kali ni, ngantok la fulak...

●●●●●●●


2 comments:

i'm the 1st 1... hehehe

January 12, 2010 at 8:09 AM  

ohho...
welcome to blogger...
hee~~

January 14, 2010 at 6:45 PM  

Blogger Template by Blogcrowds